Penerbangan berkuasa PDE pertama Enjin ledakan denyut

Gambar penerbangan Rutan Long-EZ berkuasa letupan denyutan, dan diubahsuai dengan banyaknya, pada 3 Januari 2008.

Penerbangan pertama pesawat berkuasa enjin letupan denyut berlaku di Mojave Air & Space Port pada 31 Januari 2008.[3] Projek ini dibangunkan oleh Air Force Research Laboratory and Innovative Scientific Solutions, Inc. Pesawat dipilih bagi penerbangan adalah Scaled Composites Long-EZ yang banyak diubah suai, digelar Borealis.[4] Enjin terdiri daripada empat tiub menghasilkan letupan denyut pada frekuensi80 Hz, menghasilkan tujahan sehingga 200 paun (890 newton). Banyak jenis bahan api dinilai dan diuji oleh pembangun enjin pada tahun kebelakangan, tetapi octane diperkaya telah digunakan bagi penerbangan ini. Sistem roket kecil telah digunakan bagi membantu Long-EZ berlepas, tetapi PDE beroperasi dengan kuasanya sendiri selama 10 saat pada altitude sekitar 100 kaki (30 m). Jelas penerbangan ini berlangsung pada kelajuan rendah sementara tarikan konsep enjin PDE adalah pada kelajuan tingginya, tetapi pertunjukkan ini menunjukkan bahawa PDE boleh disepadukan pada rangka pesawat tan[a mengalami masalah sturktur dari gelombang letupan 195-200 dB. Tiada penerbangan lanjut dirancang bagi Long-EZ diubah suai, tetapi kejayaannya jelas menggalakkan lebih banyak pembiayaan bagi penyelidikan PDE. Pesawat itu sendiri telah dialih ke National Museum of the United States Air Force bagi pameran.[5]

Rujukan

WikiPedia: Enjin ledakan denyut http://www.foxnews.com/video/index.html?playerId=v... http://www.google.com/patents?vid=USPAT2942412&id=... http://www.innssi.com http://www.popsci.com/popsci/aviationspace/e46d5b4... http://www.wired.com/dangerroom/2008/06/the-milita... http://es.youtube.com/watch?v=mSiER26ZHBg http://www.youtube.com/watch?v=GqLOI3h0DC8 http://www.youtube.com/watch?v=IBjLx2AvxrM http://www.youtube.com/watch?v=rYxsilgRxi4 http://www.afmc.af.mil/news/story_print.asp?id=123...